Jan 31, 2006

Selamat Tahun Baru!!!

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Berikut adalah Doa Akhir Tahun




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Berikut adalah Doa Awal Tahun

Jan 30, 2006

Mari membasuh kereta

Mari mencuci kereta aka menyiram Muzaffar.....heheeh....hari ni aku & adik membasuh kereta bersama-sama...xtvt yg dah lama sangat tak buat....selalu gi anta kedai jer...and soklan cepumas dr my hubby "kedai tutup ke?"...masa mula2 basuh...Muzaffar kuar ngan atuk nyer.....bila dia balik.....daaa......sesi membasuh kereta bertukar menjadi sessi bermain air...heheheh...so fun and Muzaffar yang paling seronok....

Sila lah lihat keriangan Muzaffar di sini..


" lihatlah saya basuh kereta kami"

Jan 29, 2006

BULI BALIK

Malam tadi...aku, my husband and my in laws...gi tengok Buli Balik...mid night...start at 11.55pm....Muzaffar?...at home with nenek...mula ingat nak bawak...tapi Ibu Mertuaku suruh tinggalkan ajer...so....kami berlima sahaja yang pergi..and yang paling best sekali....jln lengang giler....macam tak percaya jer kami di Sunway...heheheh...panggung?...penuh....bleh kira ngan jari bape kusi yang kosong....tu pun sebab 4 sebaris org booking 3...sape datang sorang...blehlah dok kusi yang sorang tu...

Quite OK but compared to Baik Punye Cilok..i will give 5 stars to Baik Punye Cilok and 4 stars for Buli Balik....why?....ntahlah...mungkin ending yang kureng sikit plus lawak yag tak berapa lawak compare to Baik Punye Cilok...but....aku galakkan jer korang gi tengok kedua2nya...tak rugi pong.....u know Afdlin Shauki right?...;)

abis lebih kurang kol 2 am and sampai umah dekat2 2.30 am...Muzaffar dah lena pun...cuci muka....tukar baju....Zzzzzzzzz...tido...tp mata plak takleh lelap.....biasalah...dah terlajak waktu....

Jan 25, 2006

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Luahkan 5minit masa utk fikir sejenak apa yg di katakan. . ada betulnya dalam dunia reality ini....

give n take

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. W/pun ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramailah wanita yang hidup membujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupakan w/pun dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukansetakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang- undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudahterror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki...


So, girls out there, kalau yang belum bertemu jodoh tu, kalau ade makcik2 tukang sebok ni tanya....jawab jer dengan selamba nya " Belum jumpa calon yang boleh jadi imam...makcik tolong lah carikkan...;)". Good luck beb. Walaupun belum bertemu jodoh, just go on with your life. Anda tidak bergantung hidup pada orang yang menyebok itu!!!

Jan 23, 2006

New Born

First of all.....aku nak wish a very very very happy besday to my dearer sister....MAZLINDA ABD RAHMAN...yang sedang berada di Ireland sekarang....our future doctor...;).....akak....may all your wish come true, sentiasa didalam rahmat ALLAH, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.....take care dear...

Well, hari ni dapat anak buah pertama...means...Muzaffar dah ada cousin....girl...and aku tengah dok pk nak panggil ape ekkkk.....hehehehhe....baru lah ku paham perasaan adik2 dan adik2 iparku masa Muzaffar lahir last two years......fenin mencari gelaran utk diri masing2....ade lah 2 3 nama dlm kepala....tgh nak buat decision...heheheh....to Safwan and Farah, congratulations on your new born.....be a good Mom and Dad kay....



" Muzaffar with his cousin during our visits on CNY"

Jan 19, 2006

Rahsia Bulan Julai

Rahsia Bulan Julai

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Kalau lah aku boleh.......

Kalau lah aku boleh?....boleh ape????.......hahahahhah....kalau lah aku boleh jerit B***A** kat orang yang aku marah kan best walaupun aku tau benda ni boleh bagi impact yang besar kalau aku buat....cuma aku rasa kalau sesekali aku dapat buat benda ni....kan best...lega sket kot rasa ati aku.....tu lah yang aku rasa kan semalam.....dan paling tak best....kalau aku rasa sakit ati sangat...aku akan terpikir-pikirkannya sampai aku tak boleh nak lelapkan mata ngan tenang.....dan yang paling tak best nyer....aku terlewat bangun pagi ni...cuma aku bernasib baik dapat sampai kat opis...just in time...klu tak...aku benci tengok kaler merah tu....

aku tak tau apa masalah nye yang orang tak paham ape yang aku cakap....sume nyer terang dan jelas....dah tu boleh plak nak salahkan aku sebab aku marah.....HOI!!!!!!....come on lah....sape pun akan marah kalau kena hadapi situasi yang aku hadapi tu.....aku bukannya tahap dewa dewi...tahap malaikat....yang tak reti nak marah....aku ni MAZLYNA!!!!!!...yang memang dianugerahkan ALLAH perasaan marah dan aku admit aku jenis cepat marah.....TAPI dalam situasi semlm aku rasa aku berhak tersangat nyer lah untuk rasa marah dan macam aku cakap tadi....aku nak jer jerit B***A** kat depan muka dia....

fuhhhhhh...cukuplah tu.....malas dah nak simpan rasa marah ni....buat spoil hari aku jer....nasib aku ada MUZAFFAR yang boleh buat aku tersenyum dengan mudah....love u bebeh.....

ps: dont ask me anything....aku cuma nak luahkan apa yang aku rasakan sahaja... ;)...thanx pada yang sudi baca (listen)... :)

Jan 18, 2006

Lama tak update

Fooohhhhh...lama rasa nya tak meng apdet.....bukan busy...cuma takde ape sangat nak diceritakan.

After Besday party and raya haji...weekend kami cuma dirumah...mengemas mana yang tak abis dikemas lagi....cuma hari ahad tu kami ke kajang melawat sepupu husband yang dah selamat melahirkan seorang baby lelaki pada hari raya haji yang lalu...and seperti selalu, aku takleh nak pegang baby lain. So, jealous that boy. Macam mana nak ader adik ni?...;)

"wajah yang risau mama pegang baby lain"


Actually aku baru start keje arini pas a long weekend..;). Muzaffar batuk teruk mlm ahad lepas. So, aku decide nak bawak dia gi klinik pagi isnin tu selain kepala aku pun pening coz tak cukup tido. Muzaffar start batuk dari kol 2.00am. Around 10am kami keluar gi klinik. Pas selesai check up 2thn (sepatutnya kena buat hari ni, tapi dah kebetulan batuk, buat terus jer), tunggu turn plak nak jumpa doktor. Dekat kol 1pm baru dapat jumpa doktor. Everything is ok. Takde masalah cuma batuk jer yang tak baik2. Pas amek ubat, balik. Petang gi jemput husband kat Wangsa Maju.

Malam plak tetiba Muzaffar demam. Panas betul badannya. Pujuk dia tukar baju yang lebih nipis supaya badan dia tak simpan haba. Around 11pm, temperature turun. Alhamdulillah. Risau gak kalau panas sangat. So, Selasa sambung cuti coz tak sampai hati nak hantar ke babysitter and that boy lah orang paling happy coz stay home with mama.

Today nampak ok dah and batuk nyer pun dah makin berkurangan...harap nya cepatlah sembuh batuk tu....


Tetiba tertengok gambar ni kat blog angah and terperasan ada satu kerusi kosong...untuk sape agak nyer yer???.....miss u so much akak...:(

Jan 10, 2006

Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya..:)

Sambut raya di USJ kali ni. Seperti biasa, stay kat umah jer. Aku, TokWan, Kirah, Farah and Muzaffar. Yang lain-lain ke masjid.

Tengahari balik Sban. Tahun ni kami buat korban. Alhamdulillah. tercapai jua hasrat untuk melakukannya. Tahun ni buat korban di kawasan sendiri sebab masjid tengah di naiktaraf. 3 ekor lembu plus seekor kambing. Seekor lembu share kami sekeluarga, lagi 2, jiran2 sekeliling. Sampai masa orang baru nak start tahlil. So, sempatlah join.

Pastu gi hantar adik ke bus stand. Adik balik Kuantan petang ni.

Malam back to Putrajaya. Keluar awal sket dari biasa coz takut tak sempat tengok Natasya..;).



"senyum pagi raya"

"lembu korban kami"


"apelah yang atok dok cakap ni?..tak paham...:)"

Jan 9, 2006

Klinik

Arini kami bangun lewat coz penat semlm tak hilang lagi....then husband call klinik pakar coz muzaffar batuk dah lama sangat...makan ubat klinik biasa takde kesan pon...doktor ade sampai kol 12 noon jer...klu tak kena gi pas kol 6pm....apa lagi...kelam kabut siap...11.30 kami sampai...

doktor yang bagus....terang satu persatu...and muzaffar pun memberikan sepenuh kerjasama bila doktor tu check dia....doktor cadang makan satu ubat utk elak kena lelah sebab batuk dah lama sangat...tp....mmmm...harganya....bleh tahan....rm6++ sebijik.....for two weeks....rm90 harga ubat nyer....hopefully ubat ni ok sebab aku dah tak larat nak dengar dia batuk especially bila sejuk dekat2 time subuh tu....

on the way balik...singgah az-zahrah kejap coz w*** dah bersalin....dapat baby boy....pastu gi makan and balik umah....sambung kemas and basuh pinggan mangkuk yang berlonggok...

selesai..relex kejap then balik usj....raya haji

Jan 8, 2006

Jamuan Hari Lahir

Sepertimana mana yang telah dirancang, hari ni kami mengadakan Jamuan Hari lahir Muzaffar yang kedua. Lewat 2 hari.;). Tak boleh nak buat yesterday coz daddy out station ke Lumut. Nasib baik my family from Seremban datang awal. So, they help me a lot. Especially Cik Ngah coz Cik Ngah jadik chef, masak Laksa Sarawak...;).

Majlis start around 5. Biasalah, janji melayu. Jemput kol 4, kol 5 baru ramai. Start with Doa lead by Tokki. Then, potong kek time...

adusss.....excited sungguh si kecik tu nak potong kek...klu aku tak tahan tangan dia sebab nak amek gambar.....mau lunyai kek tu di potong or cincang? nyer...heheh...tu pun dah 2 kali potong...dia nak lagi....nasib dia nak berenti bila ofer makan kek tu.....

puas hati with this party...ramai gak yang datang...alhamdulillah...rezeki muzaffar...tetamu terakhir balik kol 8.30pm....then..kemas sket2....pastu tidol...tak larat aaaaa...penat sungguh....

A few pictures of him.



"Senyum potong kek"

"salah satu favorite CD"
Lain-lain gambar besday...sila lah ke sini...

Jan 7, 2006

A day before

Family from Seremban sampai lebih kurang kol 4 lepas aku siap2 kemas umah. Ingat nak masak puding...sekali tengok2 takde lak fruit cocktail nyer. Tgh2 dok menyelongkar tu, angah call suh bukak pintu coz aku tak dengar diorang ketuk pintu....hehehhe...sorry aaaaa...

Pas siap2, kitorang gi alamanda carik benda2 yang nak masak/makan esok. naik satu kete.....hhuhuu......rasa cam ke**** lah plak naik kereta berhimpit2....5 orang kat belakang plus Muzaffar....naik 2 kete rasa tak berbaloi...dekat jer kan....so....paham2 dah lah...

Beli a few stuff....gegula...coklat....bahan2 utk laksa sarawak and a few things lagi...100++ jugaklah abis.....pastu round2 kejap...muzaffar..as usual nak main permainan kat situ....jenuh gak skang ni sbb kena guna duit syiling 50sen....korek2....dapatlah naik 2 round...nasib dia nak turun...klu tak...jenuh....

hahahahh...pastu angah plak buat lawak...konon nak bawak muzaffar naik escalator kat parking tu....sekali nak ke tempat yang menyonsang...nasib aku perasan...klu tak buat stunt lah cikngah dan anak buah nyer....ehheheh....tu adik kata....klu jatuh lah...tak tau lah nak gelak dulu ke nak tolong dulu....hahahhaa

balik...relex2 kejap...mandi...solat...then gi P8...makan and survey kek utk besok....makan mcm2 mlm ni....sumer order lain2 pastu pinggan round meja....rasa sket sorang...muzaffar makan mi sup satu mangkuk sensorang...tapi makan mi jer lah....pastu siap mintak mi tambah sebab kuah ngan isi bnyk lagi....mi udah abis.....

pas makan...survey kek...then round2 putrajaya....amek gambar....berenti jap kat jambatan depan M** then gi masjid plak....selesai bergambar....balik.....

Jan 6, 2006

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

Happy besday sayang....Semoga dirahmati ALLAH dalam apa jua keadaan...semoga menjadi anak yang soleh..taat pada mama dan abah...hormat pada orang yang lebih tua...pandai membawa diri dalam apa jua keadaan....berjaya dalam apa jua yang dilakukan....amin...

Well today, Muzaffar turn to two!!....sekejap jer masa berlalu....guest what he gets for his besday....15" TV, our old CD Player (coz mama and abah bought a new DVD player) and satu papan putih...what should we call that thing...hehehe...ntahlah lupa namanya...tapi bleh tulis dan padam macam smartboard gitu tapi yg ni utk budak2 lah....

Plan nak buat besday party this coming sunday coz his dad away to Lumut today and tak sure boleh sampai kol bape tomorrow...as usual....the guest will be....both mama and abah's family members and maybe his new babysitter's family too....insyaallah


"bz watching his programme with new habits...masukkan jari dalam mulut"


"besday boy dah sedar gambar tengah di snap"

Jan 5, 2006

Programming

Well....arini bos panggil untuk bagi tugas...sebelum ni dia kata nak pk dulu coz aku dah lama tinggal programming and today...decision is there....aku kena buat programming....boleh ke????...insyaallah...i'll try my best....dari buat keje tak berfaedah..baik aku belaja buat keje yang memang sepatutnya aku buat...at least aku akan belaja benda baru...

Report direct to SA kanan and aku ada 4 orang anak buah.....hhuhuhu....ramai nya....benda pertama aku buat untuk diorang ni...sokong cuti untuk raya haji nanti....hehehe...and nampak nya...ujung tahun nanti kena bagi markah prestasi kat diorang...well.....benda ni yang aku tak suka coz aku tak suka nak nilai orang...harap nyer...aku akan melakukannya dengan sebaiknya

Harapan aku...tahun ni aku akan bekerja dengan cemerlang pas hampir setahun membuang masa with nothing.....doakan gue....

amin....

ps: my little sweetheart going to be 2 years tomorrow!!!...love u bebeh...


" senyuman si pengarang jantung"

Jan 3, 2006

First Day Di JAS

Well.....arini aku lapor diri kat BTM, Jabatan Alam Sekitar. So far so good. Bos besar pun nampak ok cuma lom dapat jumpa immediate bos jer arini. Dia cuti. Kawan-kawan keliling pun ok. Quite friendly. Time makan pun ajak. Tak macam kat opis lama dulu, lama gak aku gi makan sensorang sebab aku cam tak wujud jer kat situ. Sedey ooo kalu ingat cite lama. Tapi takpelah, tahun baru kita bukak cite baru. Lupakan sahaja kenangan lama. Hope aku akan happy kat sini walaupun belum tahu detail aku nyer job sebab bos besar nak buat re-org.

Tadi pagi aku dari seremban. Mak kena jaga Muji arini sebab pangasuh aku tu antar anak dia masuk sekolah darjah satu. Ngantuk gak sebenarnya ni. Muji batuk plus aku pun tak lena tido. Pikir nak kena gi tempat baru kot. Heheheh. Cam tak biasa.

Jan 1, 2006

Sukaneka Taman Pinggiran Golf.

Arini ada sukaneka. Best ooo walaupun penat. Malam tadi tolong bebudak belia balut hadiah. Tinggalkan Muji ngan mak. Dia tak sedarpun kitorang (Abah, Angah, Boy,Adik & aku) keluar. Dok tengah leka tengok CD dia kat dapur ngan mak.Penat seh. Sampai kol 1 lebih. Tu pun ngelat bila cikmail suh balut bebenda yang besar2. Cakap takyah balut, cantik dah. Heheheh. Kalu balut jugak, adelah AJK yang tak bangun pagi ni jawab nyer.

Mula-mula dok sebok amek gambar jer. Tu pun sebab Muji dok berkepit jer. Mana tak nyer, sorang ke sorang dok ngacau dia. Biasa ler. Budak glemer. Banyak gak kitorang kumpul hadiah. Yang best nyer dapat cabutan bertuah. Bukan selalu leh dapat tu.

Paling kelaka sekali, time tarik tali. Awal-awal lagi group kitorang dah kena gelak. Mana tak nyer, kalu compare ngan group lagi satu, sure terpelanting nyer kitorang kena tarik. So, paham-paham and bayangkan sendirik lah ekkkkk.

Anyway, sume happy. Yang tak best nyer, adik kena balik naik bas kol 3 arini sebab teket besok dah abis. So, aku ngan abah balik awal antar adik. Angah ngan boy stay sampai selesai.

Petang plak, celebrate besday ciknor.

Malam, tido lena seh. Penat.

"sessi balut membalut hadiah"


"game registration"


"who else?"


"sesi baling bola atuk dan cucu..;)"


Lain-lain gambar leh tengok kat sini. Curik link CikNgah..;)

Welcome 1st Januari 2006

Azam Tahun Baru!!!!!......aku nak ber blog tahun ni....hehhehe....tergoda jua akhirnya....well first post. Welcome to me...;)

HAI AKAK, WELCOME TO YOU TOO!!!!!