Oct 23, 2006

Pergi nya Ramadhan...Datang nya Syawal.....


Alhamdulillah....selesai sudah sebulan kita berpuasa dan esok kita akan menyambut syawal... dan azam aku untuk tidak menjejakkan kaki ke pasar ramadhan sepanjang bulan Ramadhan ini tercapai...alhamdulillah...

Selamat Berhari Raya di samping keluarga tersayang. Berhati-hati di jalan raya. Moga tiada yang menangis duka di syawal yang mulia ini. Mohon ampun dan dan maaf pada semua...


"Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin"

No comments: