insyaallah....aku dijangka bersalin by the last week of july...tak tau lagik date nyer sebab lom diskus ngan doktor....
memandangkan kali ni...besar kemungkinan aku akan meninggalkan bnyk hari dalam ramadhan sebab tak dapat nak pose...:(, setelah berjaya berpuasa penuh semasa mengandungkan anak2 yang 2 orang itu...
so...haruslah mencarik hukum klu meninggalkan pose sebab menyusukan anak kan...;)
jadik nyer....ku tempek disini info yang aku jumpe untuk dikongsi bersama...
1) Sumber dari JAKIM:
Qadha’ puasa bagi yang meninggalkannya kerana hamil
atau menyusukan anak:
• Bagi orang yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudharat pada dirinya sendiri, wajib ke atasnya qadha’ dan tidak wajib fidyah.
• Sekiranya ia berbuka kerana takut bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudharat, pendapat paling jelas dalam Mazhab Syafie ialah wajib qadha’ dan fidyah.
2) Sumber dari sini:
ORANG YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA
1 Orang Sakit. Seseorang yang tidak berupaya untuk meneruskan puasa kerana sakit atau sekiranya ia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Ia dibolehkan berbuka dan wajib menggantikannya (qada)
2 Orang yang sedang dalam perjalanan jauh. Orang yang sedang musafir atau dalam perjalanan jauh iaitu tidak kurang daripada dua marhalah kira-kira 80.640 kilometer atau 50.086 batu harus berbuka puasa. Puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.
3 Orang yang uzur. Orang-Orang tua yang sudah lemah, orang-orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu wajib dibayar fidyah, iaitu satu cupak atau ¾ liter makanan yang boleh mengenyangkan bagi sesebuah negeri berkenaan. Orang-orang ini tidak diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.
4 Orang hamil. Orang yang sedang hamil dan bimbang kalau ia berpuasa akan membahayakan dirinya, ia diharuskan berbuka, tetapi wajib diqadakan puasa yang ditinggalkan itu. Sekiranya ia bimbang akan membahayakan kandungannya seperti takut terjadi keguguran, ia harus berbuka tetapi wajib mengqadakannya serta membayar fidyah dengan secupak beras atau makanan yang mengenyangkan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan itu.
5 Ibu yang menyusukan anak. Orang yang menyusukan anak juga harus berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu kalau ia bimbang dengan berpuasa akan menyebabkan mudarat kepada dirinya. Kalau ia bimbang memberi mudarat kepada bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka ia diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.
6 Wanita yang haid atau nifas. Wanita yang didatangi haid atau nifas wajib berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.
7 Orang yang pitam sepanjang hari. Orang yang pitam sepanjang hari harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.
8 Orang gila. Orang gila juga harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia juga wajib mengqadakan puasa yang tertinggal itu.
so...selamat beramal...;)
No comments:
Post a Comment