Aug 27, 2010

KESELAMATAN JALAN RAYA CUTI PERSEKOLAH DAN PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI

pagi ni...dapat emel dari opis....

nak share gak ngan kawan2.....sebab benda ni apply kat sume...;)

----------------------------------------------------------------------
Bersempena dengan musim cuti persekolahan dan perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba, diingatkan kepada semua warga NRE agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa serta mengamalkan pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Peningkatan kadar jumlah trafik pasti berlaku kerana kebanyakan pengguna jalan raya mengambil peluang membawa keluarga bercuti sempena musim cuti perayaan ini.

Patuhilah petua Keselamatan Jalan Raya seperti dibawah ini:-

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikuti had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Akhir kata dan pesanan untuk semua,

Amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.


--------------------------------------------------------------------------

tp kan......masa saya gi motivasi aritu.....motivator tu ckp....

kjaan kita dok asik naikkan denda segala....tp kadar kemalangan...kadar orang langgar undang2...camtu gak...

cuba ubah cara tu....bg reward....bagi diskaun masa renew roadtax ke klu takde wat kesalahan jlnraya....mungkin orang lebih teruja sbb nak kurangkan perbelanjaan...



No comments: