Jan 29, 2009

Anak Betung

lately ni bnyk betul cite pasal hantu kan...aku pun tak tau ape dah jadik ngan penapis filem kita....buat kerja ke tak...klu dulu...benda2 tahyul ni mana leh kuar tv.....skang ni makin menjadik2....cite bebudak pun dah diselitkan unsur2 tahyul ni....

skang ni plak....latest....kisah anak betung plak....terbitan company hajah sheila rusly ngan husband nyer....hari selasa sampai kamis kol 4.30 petang kat tv3...sangat tak bersesuaian kan masa tu....by the way....sape2 yg rasa nak tengok...boleh gak tengok kat tv9 hari yang sama tapi malam....kol 8.30....aku pelik gak nape diorang tak war2kan....asik dok sebut tv3 jer...takkan nak jatuhkan anak beranak sendirikan.....sian kat tv9...;)

by the way....aku tak layan pun cite2 camni....cuma nyer...nape tah...cite ni rasa nak tengok plak...;)

so...layyyaaannnn...;)

sikit berita pasal cite ni yg aku cilok dari berita harian...





Kisah Anak Betung


FILEM Anak Buluh Betong terbitan Malay Film Production pada 1966 arahan seniman S Kadarisman, yang menampilkan lakonan Aziz Jaafar, Saadiah, Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, S Roslee dan Haji Mahadi memberi ilham ilham kepada JS Pictures Sdn Bhd untuk menghasilkan drama bersiri berjudul Anak Betung.

Drama itu bukannya adaptasi daripada cerita filem klasik berkenaan sebaliknya lebih menjurus kepada isu kekeluargaan, kemanusiaan dan sudut pandangan agama berkaitan perbuatan syirik atau sihir yang tetap relevan dengan masyarakat moden masa kini. Lebih menarik, Anak Betung cuba mengupas sejauh mana sikap manusia yang tidak pernah lekang daripada hasad dengki, dendam, tamak haloba dan pada masa sama mempunyai kasih sayang dan kemuliaan hati.

Anak Betung yang turut menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan bukan saja mengeksploitasi dua zaman, iaitu sewaktu Jagat masih kecil (watak Anak Betung lakonan Fizz Fairuz) hinggalah dia dewasa, malah menampilkan pelbagai karakter lain untuk mewarnakan lagi drama yang skripnya dihasilkan Che Li.

Selain kejahatan Jagat dan Malika, lakonan Sheila Rusly iaitu wanita pengamal ilmu hitam yang berazam untuk menguasai Hassan (Hairie Othman), seorang berketurunan bangsawan yang memiliki ilmu persilatan tinggi, watak lain yang turut dizahirkan secara berperingkat menerusi drama ini ialah Suriya (Haiza), isteri kedua Jagat yang busuk hati dan tidak ketinggalan Naya (Maya Matahari) yang bisu dan Ari (Bagio Damasutra) sebagai lelaki lurus bendul.

Mereka turut dibantu Ezany Nazarif, Linda Hashim, Normah Damanhuri dan Wan Nor Azlin serta ramai lagi pelakon pembantu. Ia menampilkan 20 episod yang bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Lagenda bermula 26 Januari depan.

Kerja penggambaran drama terbabit dimulakan sejak 10 November lalu.

Wakil B*Pop sempat berkunjung ke lokasi drama bersiri itu Ukay Perdana, Ulu Klang, Selangor Selasa lalu bagi meninjau sejauh mana perkembangan awal drama sentuhan Azman Yahaya atau lebih dikenali dengan Jinggo itu.

“Dalam produksi drama bersiri, cukup penting bagi team untuk terlebih awal memahami sub-plot yang bakal menambah variasi dan warna kepada jalan cerita yang bakal digarap. Kita tidak mahu peralihan antara babak ke babak nampak canggung kerana ia akan mengundang kebosanan pada peminat drama bergenre drama thriller begini,” jelas Jinggo yang turut bangga apabila dua pelakon yang membintangi drama arahannya sebelum ini, Tuhan Pun Tahu, iaitu Normah Damanhuri dan pasangannya Que Haidar menang kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik Drama pada majlis Anugerah Skrin 2008, minggu lalu.

Bagi Jinggo, soal ramai atau sedikit penampilan aktor dan aktres ternama dalam sesuatu drama bukan penentu kepada berjaya atau sebaliknya sesebuah produksi berbentuk siri kerana banyak aspek kena beri perhatian terutama naratif dan kesinambungan cerita mengikut episod.

“Menariknya sesuatu persembahan drama berkenaan bergantung juga kepada betapa dinamik dan menariknya garapan cerita dan lakon layar.

Menerusi pemerhatian dan maklum balas, khalayak yang mengikuti sesebuah drama berbentuk siri atau episod lebih mudah terpaut dengan beberapa watak antagonis kerana watak jahat begini lebih memberi kesan dan membuat mereka teruja untuk terus menonton.

“Kebetulan, pada hari ini krew dan warga kerja JS Pictures sedang berada di Warisan Homestay Kuala Pilah, Negeri Sembilan khusus untuk mendapatkan latar kediaman bagi watak Hassan dan danau bagi watak Malika,” katanya.

Sheila yang turut membantu suaminya dalam produksi itu melihat Anak Betung sebagai wahana yang mampu mengangkat keistimewaan amalan Selawat Syifa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Sudah menjadi impian JS Pictures untuk menerbitkan produk yang membawa ke arah mendekatkan diri kita terhadap kebesaran Allah SWT.

Apa akibat dan kesannya apabila makhluknya yang kerdil ini terlalu taksub dengan perkara syirik seperti amalan sihir, ia menjadi mesej kepad adrama Anak Betung. Tunggu saja siaran drama ini nanti.

“Menerusi Anak Betung, diharapkan iktikad perlu diperbetulkan supaya manusia tidak berlaku syirik terhadap Allah SWT. Hanya Allah yang mampu memberi kesembuhan dan kesembuhan hanya milik Allah. Semoga Allah sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepadaNya seperti terjemahan Selawat Syifa: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat baginda,” katanya.

No comments: