setelah beberapa tahun menjadi blogger sekadar suka2 mengisi masa yang ader....
aku rasa sungguh terharu hari ni...
dapat mesej yang ditinggalkan di komen box tadi...
Salam Mazlyna LHDN menjemput saudari ke majlis penghargaan media pada Isnin, 1 Jun 2009. Sila hubungi saya seperti emel dibawah untuk maklumat lanjut dan kad jemputan rasmi.
PRO LHDNM
so....aku pun menghantar emel untuk mendapatkan penerangan lanjut...konpius kejap ok....
dan penjelasana lanjut pun diterima....
Jemputan ke Majlis Jamuan Penghargaan kepada Media oleh LHDNM
Assalamualaikum
Puan Mazlyna
(mazlyna.blogspot.com)
Terima kasih atas maklumbalas puan.
Disamping media arus perdana, Blog dilihat sebagai media baru yang berkembang dan berkesan dalam menyampaikan maklumat dan membentuk public opinion terhadap sesuatu isu. Post saudari bertajuk 'Peringatan!' bertarikh 20 April 2009 dilihat sebagai memberi sumbangan ke arah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab menghantar borang dan membayar cukai pendapatan.
Demi menghargai peranan pihak media dalam publisiti musim penghantaran borang cukai pendapatan dan sebagai usaha mengeratkan perhubungan antara LHDNM dan pihak media termasuk Bloggers, sukacita dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ingin menjemput puan ke Majlis Jamuan Penghargaan kepada Media seperti berikut:
Tarikh : Isnin, 1 Jun 2009
Masa: 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Hasil, Tingkat 16, Blok 9, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
YBhg Dato' Hasmah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM ingin menyampaikan sijil penghargaan kepada para pengamal media termasuk bloggers pada majlis tersebut.
Bersama-sama ini saya sertakan kad jemputan dan sila beri maklumbalas tentang kehadiran saudari segera.
Sekian, terima kasih.
[ NOORHELMI AZRUL BIN MOHD NOR ]
Pegawai Perhubungan Awam (Publisiti)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
tapi malang nyer......aku tak free minggu depan....ade training sepanjang minggu....TAPI...klu aku free pun...sanggup ke aku pegi....malu wehh....ader gathering pun aku wat2 tak nampak...;)...ni plak event rasmi camni....
by the way...terima kasih bnyk2....tetiba rasa dihargai..:)))
ps: kawan2...ade sape2 dapat jemputan gak ke?...kot2 lah terasa nak pergi...;)
3 comments:
wah...syabas frendz.....good2
kenapa tak gi?
we got the same invitation.
anyway, hi!
aziah,
TQ
nurnana,
welcome to my blog.
takleh attend sebab ada kursus sepanjang minggu ni.
Post a Comment