Aug 20, 2010

Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

semalam....dapat emel ni.....

so...mau sharing dengan sume kawan2...;)

sesi soping menyoping.....nak2 plak bila dah gaji pastu dah dekat nak raya...

last year diorang kata best....barang murah..tapi saya tak gi.....saya tak ingatlah pulak nape tak pegi.....rasa2 nyer kali ni...mau pi redah...

JOM!


Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan sebagainya.

4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini semua warga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berserta Jabatan dan agensi adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama terhadap perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian dimaklumkan.


==================================================

so....ape lagi...marilah kita pi jengah...;)


No comments: