Jan 29, 2009

Anak Betung

lately ni bnyk betul cite pasal hantu kan...aku pun tak tau ape dah jadik ngan penapis filem kita....buat kerja ke tak...klu dulu...benda2 tahyul ni mana leh kuar tv.....skang ni makin menjadik2....cite bebudak pun dah diselitkan unsur2 tahyul ni....

skang ni plak....latest....kisah anak betung plak....terbitan company hajah sheila rusly ngan husband nyer....hari selasa sampai kamis kol 4.30 petang kat tv3...sangat tak bersesuaian kan masa tu....by the way....sape2 yg rasa nak tengok...boleh gak tengok kat tv9 hari yang sama tapi malam....kol 8.30....aku pelik gak nape diorang tak war2kan....asik dok sebut tv3 jer...takkan nak jatuhkan anak beranak sendirikan.....sian kat tv9...;)

by the way....aku tak layan pun cite2 camni....cuma nyer...nape tah...cite ni rasa nak tengok plak...;)

so...layyyaaannnn...;)

sikit berita pasal cite ni yg aku cilok dari berita harian...





Kisah Anak Betung


FILEM Anak Buluh Betong terbitan Malay Film Production pada 1966 arahan seniman S Kadarisman, yang menampilkan lakonan Aziz Jaafar, Saadiah, Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, S Roslee dan Haji Mahadi memberi ilham ilham kepada JS Pictures Sdn Bhd untuk menghasilkan drama bersiri berjudul Anak Betung.

Drama itu bukannya adaptasi daripada cerita filem klasik berkenaan sebaliknya lebih menjurus kepada isu kekeluargaan, kemanusiaan dan sudut pandangan agama berkaitan perbuatan syirik atau sihir yang tetap relevan dengan masyarakat moden masa kini. Lebih menarik, Anak Betung cuba mengupas sejauh mana sikap manusia yang tidak pernah lekang daripada hasad dengki, dendam, tamak haloba dan pada masa sama mempunyai kasih sayang dan kemuliaan hati.

Anak Betung yang turut menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan bukan saja mengeksploitasi dua zaman, iaitu sewaktu Jagat masih kecil (watak Anak Betung lakonan Fizz Fairuz) hinggalah dia dewasa, malah menampilkan pelbagai karakter lain untuk mewarnakan lagi drama yang skripnya dihasilkan Che Li.

Selain kejahatan Jagat dan Malika, lakonan Sheila Rusly iaitu wanita pengamal ilmu hitam yang berazam untuk menguasai Hassan (Hairie Othman), seorang berketurunan bangsawan yang memiliki ilmu persilatan tinggi, watak lain yang turut dizahirkan secara berperingkat menerusi drama ini ialah Suriya (Haiza), isteri kedua Jagat yang busuk hati dan tidak ketinggalan Naya (Maya Matahari) yang bisu dan Ari (Bagio Damasutra) sebagai lelaki lurus bendul.

Mereka turut dibantu Ezany Nazarif, Linda Hashim, Normah Damanhuri dan Wan Nor Azlin serta ramai lagi pelakon pembantu. Ia menampilkan 20 episod yang bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Lagenda bermula 26 Januari depan.

Kerja penggambaran drama terbabit dimulakan sejak 10 November lalu.

Wakil B*Pop sempat berkunjung ke lokasi drama bersiri itu Ukay Perdana, Ulu Klang, Selangor Selasa lalu bagi meninjau sejauh mana perkembangan awal drama sentuhan Azman Yahaya atau lebih dikenali dengan Jinggo itu.

“Dalam produksi drama bersiri, cukup penting bagi team untuk terlebih awal memahami sub-plot yang bakal menambah variasi dan warna kepada jalan cerita yang bakal digarap. Kita tidak mahu peralihan antara babak ke babak nampak canggung kerana ia akan mengundang kebosanan pada peminat drama bergenre drama thriller begini,” jelas Jinggo yang turut bangga apabila dua pelakon yang membintangi drama arahannya sebelum ini, Tuhan Pun Tahu, iaitu Normah Damanhuri dan pasangannya Que Haidar menang kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik Drama pada majlis Anugerah Skrin 2008, minggu lalu.

Bagi Jinggo, soal ramai atau sedikit penampilan aktor dan aktres ternama dalam sesuatu drama bukan penentu kepada berjaya atau sebaliknya sesebuah produksi berbentuk siri kerana banyak aspek kena beri perhatian terutama naratif dan kesinambungan cerita mengikut episod.

“Menariknya sesuatu persembahan drama berkenaan bergantung juga kepada betapa dinamik dan menariknya garapan cerita dan lakon layar.

Menerusi pemerhatian dan maklum balas, khalayak yang mengikuti sesebuah drama berbentuk siri atau episod lebih mudah terpaut dengan beberapa watak antagonis kerana watak jahat begini lebih memberi kesan dan membuat mereka teruja untuk terus menonton.

“Kebetulan, pada hari ini krew dan warga kerja JS Pictures sedang berada di Warisan Homestay Kuala Pilah, Negeri Sembilan khusus untuk mendapatkan latar kediaman bagi watak Hassan dan danau bagi watak Malika,” katanya.

Sheila yang turut membantu suaminya dalam produksi itu melihat Anak Betung sebagai wahana yang mampu mengangkat keistimewaan amalan Selawat Syifa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Sudah menjadi impian JS Pictures untuk menerbitkan produk yang membawa ke arah mendekatkan diri kita terhadap kebesaran Allah SWT.

Apa akibat dan kesannya apabila makhluknya yang kerdil ini terlalu taksub dengan perkara syirik seperti amalan sihir, ia menjadi mesej kepad adrama Anak Betung. Tunggu saja siaran drama ini nanti.

“Menerusi Anak Betung, diharapkan iktikad perlu diperbetulkan supaya manusia tidak berlaku syirik terhadap Allah SWT. Hanya Allah yang mampu memberi kesembuhan dan kesembuhan hanya milik Allah. Semoga Allah sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepadaNya seperti terjemahan Selawat Syifa: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat baginda,” katanya.

Jan 26, 2009

bertunang

hari sabtu yang lepas....adik saya yg ke4....yg second last...selamat bertunang....alhamdulillah.... majlis berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan....



sessi berbincang


sarung cincin oleh nenek pihak lelaki


ciuman dari bakal mak mertua


dengan cincin tunang


bersama barang hantaran dari kedua pihak (5 berbalass 7)


muzaffar yg ngeri ngan benda tergantung kat kepala cikteh nyer..;)


us

mengidam

aku balik sban kali ni ngan 2 mission...;)....huhuhuhu...nak makan nasik lemak.....ade 2 kay...bukan 1...;)

satu...nasik lemak balai polis...

sape yg biasa ngan sban...mesti tau ade satu gerai kat depan ibu pejabat polis sban....aku memang suka makan nasik lemak kat sini....cuma nyer...akak tu meniaga time weekday jer....hari bekerja sahaja...klu cuti....dia cuti gak...so....

dah kebetulan aku cuti jumaat....aku pun berjaya mencapai hajat yg dah bape lama di pendam...;)....cuma nyer....

alahai.....nasik nyer makin sikit...ayam nyer pun makin kecik...harga jer makin naik.....cepat kaya camni...;)


yang kedua nyer....nasik lemak pinggiran....yang ni jiran aku yg jual...dia bukak gerai kat stadium paroi...aku memang suka ngan nasik lemak dia...lama gak rasa tak makan...yg aku suka tu...sambal cili dia....best...lain dr yg lain....

so...mission complete lah kali ni...cuma nyer...satu jer...rojak yg makcik nasi lemak ni buat....kuah nyer memang spesel.....tp lama sangat dah dia tak buat....dari aku ngandungkan muzaffar....rasa2 cam nak pujuk dia buat...tp tak tau bila sebab dia cuti meniaga hari selasa jer...cam kesian plak nak mintak buatkan rojak...;)

Jan 21, 2009

weng....

kepala aku weng pagi ni...

muzzammil demam dan malam tadi dia bangun merengek setiap 2 jam....

klu tak disebabkan ader training ngan state office...konpem aku EL arini...;)

skang dia kat umah ngan abah nyer sebab hubby tak larat nak pi keje tadi...harap2 nyer selamat oklah mereka dok berdua dirumah...;)

aku sedang menggagahkan diri menahan mata...kalau miting....mau dah mata ni kena tahan ngan batang mancis...;)

Jan 20, 2009

duta kementerian pengangkutan

cite muzaffar lagik


anak2 aku memang dah di latih menggunakan carseat since dari dlm pantang lagik...so...aku takde masalah besar bila nak kemana2 walaupun masa husband takde....diorg ok jer dok dalam carseat tu...cuma biasalah budak2...kadang2 buat perangai jugak....

lately kan sebok ngan kempen pakai talipinggang di belakang?....and our beloved muzaffar memang leh jadik duta...;)...nak tau nape?




"mama, pakaikan seat belt muzaffar"

"tak payahlah....dekat jer"

"kalau muzaffar kena tangkap dengan polis macam mana?"




huhuhuhu....sadis soalan anak den...;)

aku ni kengkadang malas.....dah sekolah nyer dekat...tak sampai pon 5 minit dah sampai....tu yg malas tu......tapi si muzzammil konpem ku pasangkan seat belt nyer sebab tak caye dia leh dok dendiam...;)

Jan 19, 2009

traffic light

dah bbrp bulan aku dok ajar muzaffar tentang traffic light (ape ekkk dlm bm?)

merah : berhenti
hijau : jalan
kuning : ready to stop (hahahah...ni pun gara2 aku tak jumpa simple word dlm bm)

hasil nyer...

aku dah ader polis dlm kete...;)

common word dia selalu:

  1. "mama, kenapa tak ready to stop.....kan lampu tu kaler kuning?" ......

hahhaha...amek ko....nak buat camner kan...kadang tu...lampu hijau nyer sekejap
sangat...esp simpang yg nak masuk ke umah tu...paling banyk pun 4 kete boleh
lepas....kena plak yg dok depan sekali tu lemau...2 bijik jer kete leh lepas...so...kadang2
kena jahat sket...;)

2. "mama, lampu merah...nape mama jalan?"



kat putrajaya ni...memang diorang tampal kat traffic light tu "sila belok ke kiri jika tiada
kenderaan"...so.....agak2 selamat tu jalan lah kan...takyah tunggu cam org bodoh padahal
langsung takde kete yang melintas.....

3. "mama, kan lampu merah...kenapa kereta tu jalan?"


ni plak ayat dia bila kete yg ke kiri jalan sebab memang lampu hijau tapi kami kena
berhenti sebab lampu merah.....

so....itu adalah antara ayat2 favourite dia hari2 all the way menghantar dan mengambil dia dari sekolah/nursery....nasiblah tak jauh mana...klu tak.....tak tau lah bape bnyk lagik soalan nyer...

but...oklah tu kan.....sekurang-kurangnyer dia dah tau sket2 pasal undang2 jln raya...;)

Jan 16, 2009

straight in a row....

minggu ni cukup 5 hari muzzammil buat perangai tiap2 hari bila aku hantar dia ke nursery....konpem meraung bagai takmo turun kete...



since hari isnin...on his birthday...memang anta lambat pun isnin tu sebab bawak dia gi cek-up 2thn...sampai nursery takmo turun...



then...selasa pun camtu gak sampailah arini....



adoiii lah sayang...nape lah jadik camni....hmmmmm...pembawaan budak kah?...;)



jgn buat camni lagi lah next week yer dik oiiiii...oooppppp...amir...;)....lately kitoarng dah cuba2 mengubah dari panggil adik ke amir...kang tak pasal adik nyer plak yg panggil dia adik yg macam biasa terjadik...;)

Jan 14, 2009

Stop The War Stamp

saya sangat busan hari ni......asik melompat dari satu blog ke blog yg lain....;)

hasil lompatan itu...;)....saya telah menjumpai posting ini di blog ini...

so...pada kawan2 blogger dan pada sape2 jer yg ter me lompat ke blog saya ini...silalah ambil stamp ini dan tempekkan pada blog anda....sebagai tanda sokongan kita kepada penduduk palestin....moga2 perang ini akan berakhir segera dan ALLAH akan membalas dengan dasyat nyer kepada YAHUDI laknatullah itu!

jangan lupa BOIKOT barangan mereka!

Jan 13, 2009

Israel hampeh!!

"McDonald's and Starbucks have today announced that they will be donating
all profits from now until Sunday to Israel war.
Also, the producers of
Adam Sandler's new movie Bed Time Stories will be donating their profits to Israel .
Be informed, and let others know not to contributeand refuse to support these monsters that believe in killing innocent civilians.
Boycott McDonald's and Starbucks.
Also don't take your kids to see a movie that promotes violence by association. Together we can make a difference! Please pass this email to as many people as you know.
Thanks"



So....tak reti2 lagi?....bawaklah berhenti support diorang ni....setiap sen yg kita gunakan kat tempat2 camni......hasil nyer....satu peluru digunakan untuk bunuh sedara seagama kita....pikir2kan lah yer......

Hentikan lah guna produk diorang ni....bnyk lagi produk kita leh guna...org2 yg rajin dok promote barang diorang ni pun....HENTIKAN sahaja kay.....cukup2lah tu!...

produk ape?...takkan tak tau lagik.....kalau tak tau gak...tanye jer ngan MR GOOGLE!

Jan 12, 2009

Muzzammil is 2

Alhamdulillah...syukur pada ALLAH..



muzzammil sudah 2 thn hari ni...sekejap jer masa berlalu.....moga terus jadi anak yg baik dan bakal abang jugak...;)....



moga perjalanan hidupmu di permudahkan ALLAH....



amin

Jan 8, 2009

update sudah

phewww......selesai udah hutang.....sume back dated entry telah selesai ditulis....klu rajin boleh lah baca ekkkk...btw....satu page ni adelah cite yg baru ditulis....

Jan 7, 2009

potong kek jom

well...semalam muzaffar potong kek kat sekolah jer...ngan kawan2 dia....sajer nak bg feel kat dia celebrate ngan kengkawan...;)...and of course lah muzzammil wajib ader...dia sorang jer budak nursery yg menyelit kat majlis abang nyer...;)

diorang wat potong kek ni masa break minum pagi....dalam kol 10.30 camtu...



rupa si handsome boy di pagi hari lahir....sebok suh amek gambar


kek besday nyer...no kartun2 or segala tok mak nenek....aku beli ape yg dia nak makan and his favourite is chocolate kek...dan cikgu siap bg tau kek habis licin tak macam selalu yg bnyk berbaki and muzaffar pun makan bnyk....tu yg best....klu kek cantik2 pun bebudak tak suka makan...takde maknanyer...

btw....ultromen tu sajer jer letak satu sebab budak kat kedai tu ckp nampak kosong sangat klu tak letak ape2...


ready nak potong kek....amek gambar ngan adik dulu...;)


beria tiup lilin...;)


potong kek time...;)


potong ngan adik plak


ni plak selit sket gambar kengkawan sekolah nyer....


ps: nak tau wish dia untuk besday ni....CD BEN 10....nasib abah nyer dah belikan semlm..klu tak harus ku pi carik arini....bukan ape...tak larat hari2 dengar dia nyanyi lagu:


".................abah dan mama belikan saya CD BEN10......." aku tak ingat depan ngan belakang lagu tu.....tapi tu lah dia dok hightlight hari2...


antara makanan untuk goodies...beli kat gudang borong kat jalan klang lama....jimat kos sket...;)


dah siap bungkus....sempoi jer....takde pe2 special pon....buh dlm plastik air jer..senang nak ikat..50++ bungkus tu...berterabur kang....jenuh plak...

Jan 6, 2009

Muzaffar's Besday

Alhamdulillah...

syukur pada ALLAH yang mengurniakan segala...

hari ni cukup 5 thn usia nya....sekejap jer masa berlalu....masih teringat lagik betapa kelam kabut nyer keluarga aku 5 thn yg lepas...mana aku nak admit ke hospital putrajaya....dan kat seremban pulak...mak abah kelam kelibut hantar arwah wan yg sakit tua ke hospital seremban...

bila aku dan muzaffar discharge dari hospital dan kami balik ke seremban.....arwah pun discharge jugak...cuma nyer...yg balik hanyalah jasad wan tanpa nyawa....:(



doa mama untuk muzaffar...

moga muzaffar terus jadik anak yg baik....hormat orang tua...jadik anak yg bertanggungjawab pada mama dan abah serta adik2....moga hidup muzaffar terus dilimpahi rezeki yg berterusan dan mencapai kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat...



celebration?

takde parti kot...cuma semalam dah belikan kek utk dia celebrate ngan kengkawan kat sekolah arini....maybe weekend ni bawak diorang jln2....

Jan 5, 2009

I'm back

Hai all...

i'm back...;)...heheheh

selamat thn baru pada semua yer....

well.....wanna share a very good news with ya all...


i'm preggy...8 weeks now


thinking of to keep it secret....but my sista has announced it first...;)

the EDD is somewhere in the end of july or early august....depends on DR coz its confirmed cesarean again....

hope...it will be girl this time...;)

ps: abaikan kecelaruan bahasa saya..;)

Jan 4, 2009

gudang borong

arini pi jalan kelang lama lagik...



pi beli makanan utk jajan bebudak...nak bg masa besday muzaffar dan muzzammil nanti...

utk sume ni....its cost me not more then 100 ringgit kay...jimat kan?..boleh lah utk bebudak kan...just utk suka2...

otw balik...singgah McD....nak sangat makan prosperetis...ngan tamak haloba nyer....beli double chicken...sudah nyer?....3 kali makan baru habis...tu pun nasib husband cukai sket...klu tak mau 4 kali makan kot....huhuhuhu

Jan 3, 2009

breakfast meriah

pagi ni aku rajin sket...berkobar2 nak masak...huhuhu...dah bbrp hari dok pk nakbuat nasik lemak.....so...menjadik gak...

almaklumlah...hari cuti kan...so haruslah masak spesel sket...;)




my menu for the day.....nasik lemak with sambal bilis, ayam goreng ngan lada hitam, ikan bilis goreng, nugget for kiddos, ulam2 ganti timun..;) , and also....keropok lekor goreng....keropok tu sedap kay....jiran depan umah bagi....beli kat area kuala selangor jer...ikan nyer just nice..tak nyk sgt dan taklah sket sangat....pastu lepas goreng dia tak kecut...sape biasa goreng kopok lekor tentu paham maksud kecut kat sini kan?...;)

dan minum nyer.....milo for mama, nescafe for abah and chocolate drinks for kiddos.....nasik lemak atas surat kabar tu pulak....untuk muzaffar...budak tu klu makan nasik lemak harus dengan suratkabar...klu tak bukan nasik lemak nama nyer....klu kat seremban....harus wan nyer letak kan dengan daun pisang sekalik....;)

Jan 1, 2009

nasik briyani

cuti thn baru kan.....so rasa cam nak masak spesel sket....lagipun dah lama beli...lom berkesempatan nak masak lagik....

pagi ni kitorang gi pasar borong.....peti dah kosong...ingat nak gi lah awal2 pagi....sekali lah pulak..si muzzammil sangat lah sedap tidonyer...kol 11 baru nak bangun...adoi lah...siap2 kan dia...pastu terus gi pasar....beli lauk segala....harap cukup utk stok sebln...;)....cuma kena beli sayur jer lah...klu sayur pun stok sebulan...ape ke makna nyer kan?

so...balik jer dari pasar...haruslah operasi memasak dilaksanakan....so...inilah hasilnyer...


memandang kitorang ni tak makan acar....so aku just masak sayur campur jer...sayur fresh tu....baru beli kan?..;)...


so....kesimpulannye.....JANGANLAH beli brand ni...sangat tak sedap kay....aku tak tau lah tester dia nyer lidah camner...takkan korang tak test dulu sebelum jual kan....nasik nyer...harap bau jer...tapi kering giler....kang klu aku pandai2 letak air lebih dari yg disuruh tu...takut plak nasik nyer lembek....pastu.....sambal ayam tu...sangatlah tak sedap....kalau tau...konpem aku tumis sendirik.....tp dok pk...klu tak pakai membazir sebab dah beli...package kan....

so..next time kena carik brand lain....so...JANGAN beli brand ini kay....




sambil2 masak...layan lah si muzzammil ni makan betik...budak ni sangat suka makan betik..klu tak disorokkan...mau habis sebijik sekali di hadap nyer..



so...layan ajerlah gambar dia kay...



Happy Besday

welll....happy 3rd besday to my blog....

cukup 3 thn aku di alam blogging ni....dan dapat belajar macam dari blog orang....pu jugak...dapat kenalan baru....huhuh....cam time balaja dulu plak..kenal2 di alam maya...beza nyer...klu time belaja....ngan chatting nyer....skang plak...ngan blogging nyer...

harap aku akan terus rajin nak menulis di sini....untuk kenangan2 terutama nyer memori tentang anak2 untuk diorang bila dah besar nanti...